Berita

Cikgu Memandu Jadi Contoh Buruk, Ditahan Tak Pakai Tali Pinggang Ketika Sedang Mengajar

Seorang tenaga pengajar memandu ditahan selepas didapati melanggar peraturan jalan raya ketika menjalankan tugas di Kedah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah memaklumkan bahawa tenaga pengajar tersebut ditahan dalam satu pemantauan rutin di Lebuhraya Utara–Selatan pada Isnin, 16 Mac lalu.

Menurut kenyataan tersebut, sebuah kenderaan milik sekolah memandu menarik perhatian pegawai ketika berada di Kilometer 24.8, sebelum mereka bertindak mengekori kenderaan tersebut.

Pemeriksaan kemudian mendapati seorang pelajar sedang memandu, manakala tenaga pengajar berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tenaga pengajar berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar, sebelum tindakan saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM4,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut laman rasmi JPJ, mana-mana pemandu atau penumpang yang gagal memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan bagi kesalahan pertama.

Related Articles

Back to top button