Berita

“Lunara Akan Jadi Kakak”

Pelakon, Datin Intan Najuwa, 29, berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Pemilik nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid, meluahkan rasa syukur apabila keluarga kecil yang dibina bersama suami tercinta bakal bertambah ahli, sekali gus menjadikan mereka sekeluarga seramai empat orang.

“Lunara akan menjadi kakak. Keluarga kecil kami akan membesar.

“Dan keluarga kami akan mempunyai empat orang ahli,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungan sambil mendukung anak sulungnya.

Ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.

Related Articles

Back to top button