Temu Bual Wonyoung, Anne Hathaway & Meryl Streep Viral, Curi Perhatian Netizen

Anggota kumpulan IVE, Jang Wonyoung, baru-baru ini menyertai satu sesi temu bual khas bersama dua pelakon terkenal, Meryl Streep dan Anne Hathaway.
Mereka bersama-sama membincangkan filem akan The Devil Wears Prada 2 serta mengulas beberapa gaya fesyen ikonik mereka sebelum ini.
Ketiga-tiga bintang tersebut menjawab pelbagai soalan mengenai filem baharu itu sambil saling mengenali antara satu sama lain, sekali gus memikat penonton dengan keserasian spontan mereka.
Dalam sesi tersebut, Anne Hathaway dan Meryl Streep turut memberikan bayangan tentang beberapa butiran sekuel berkenaan, selain berkongsi cerita eksklusif di sebalik tabir penggambaran.
Ia termasuk kisah di sebalik insiden Anne Hathaway yang ‘jatuh dengan anggun’ di tangga yang pernah menjadi perhatian ramai.
Wonyoung, Anne Hathaway dan Meryl Streep juga mengambil peluang untuk mengimbau kembali filem pertama The Devil Wears Prada yang ditayangkan sekitar 20 tahun lalu pada 2006.
Kedua-dua pelakon itu meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa Wonyoung baru berusia dua tahun ketika filem pertama tersebut ditayangkan.
Untuk rekod, beberapa bahagian temu bual tiga bintang itu viral di media sosial. Selain kemesraan yang ditunjukkan Anne Hathaway dan Meryl Streep kepada Wonyoung, ramai turut memuji kemahiran berbahasa Inggeris Wonyoung ketika berbual.
Sementara itu, The Devil Wears Prada 2 yang dibintangi Anne Hathaway dan Meryl Streep dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei.



