Pelbagai cara dilakukan oleh orang untuk mengelakkan diri daripada tekanan. Ada yang melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan ada juga yang memilih untuk menikmati makanan kegemaran.
Mungkin hal yang sama berlaku terhadap seorang wanita yang memesan nasi goreng pattaya selepas selipar miliknya dilarikan oleh seekor anjing.
Menerusi hantaran di Daily Makan, pesanan yang dipercayai dibuat menerusi aplikasi itu disertakan dengan nota yang agak panjang.
Selain kisah selipar dilarikan anjing, wanita itu turut meluahkan perasaan mengenai kisah cintanya yang bermasalah.
“Boleh tak buat pedas gila-gila, saya stres selipar kena rembat anjing, gas rumah habis, exam susah, boyfriend saya buat saya macam tidak wujud.
“Saya tak nak cederakan diri saya, jadi saya pilih untuk makan pedas. Terima kasih sangat kalau dapat buat pedas gila-gila, maaf susahkan,” tulis wanita berkenaan.
Melihat pada nota itu, peniaga yang menjual nasi goreng berkenaan membalas nota tersebut dengan satu pesanan yang ditulis tangan.
“Kekal kuat okay, anjing itu tak salah mungkin selipar itu nak putus. Kalau part boyfriend tu mungkin dia seorang lelaki tak guna, ada teman lelaki handsome, greenflag yang tengah tunggu.
“Nikmati nasi goreng pedas-pedas awak. Nanti bagi saya ‘rating’ yang ok sikit tau, biar kami pulak tidak stres,” tullis penjual itu.
Sumber: Daily Makan