Selfie Dalam Tandas Viral, Penampilan Berempat BLACKPINK Di Met Gala 2026 Curi Perhatian

Model Bhavitha Mandava berkongsi sekeping selfie yang diambil dalam tandas ketika acara Met Gala 2026 menerusi akaun media sosial peribadinya.
Bersama hantaran tersebut, dia menulis: “Felt cute, might delete later,” dengan nada santai dan berseloroh.
Gambar itu memaparkan anggota kumpilan BLACKPINK iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa yang bergambar bersama Mandava serta pelakon Rachel Sennott.
Mengenakan busana haute couture yang memukau, mereka tampil kontras dengan ekspresi santai dan ceria, sekali gus mencipta momen yang pantas tular dalam kalangan peminat.
Majalah fesyen Vogue Korea turut menampilkan momen tersebut di media sosial rasmi mereka.
“Akhirnya kita dapat melihat barisan ini bersama. Ini merupakan kali pertama kesemua anggota BLACKPINK muncul bersama di karpet merah Met Gala.
“Setiap daripada mereka menampilkan gaya unik menerusi penampilan di Met Gala 2026,” tulis Vogue.
Terdahulu, pada malam yang sama, BLACKPINK menghadiri Met Gala 2026 yang berlangsung di Metropolitan Museum of Art.
Tema tahun ini, Fashion is Art, jelas terpancar melalui busana mewah yang digayakan secara individu sebagai duta global jenama fesyen terkemuka.
Dilancarkan pada tahun 1948, Met Gala merupakan acara kutipan dana tahunan yang dianjurkan oleh Vogue dengan kerjasama Costume Institute di Metropolitan Museum of Art. Ia sering dianggap sebagai acara fesyen paling berprestij di dunia dan diadakan setiap tahun pada Isnin pertama bulan Mei.
Senarai tetamu tahun ini turut menampilkan beberapa bintang Korea terkenal seperti Karina dan Ningning dari aespa, pelakon Ahn Hyo Seop, serta model Jung Ho Yeon, sekali gus menyerlahkan pengaruh global artis Korea dalam industri fesyen.



