Music
Sejarah Tercipta, Lagu K-Pop Pertama Menang Oscars

EJAE, Mark Sonnenblick, Joong Gyu Kwak, Yu Han Lee, Hee Dong Nam, Jeong Hoon Seon dan Teddy Park — pasukan di sebalik lagu popular global Golden daripada filem KPop Demon Hunters, memenangi anugerah Lagu Asal Terbaik di Academy Awards pada Ahad (15 Mac).
Kemenangan itu merupakan pencalonan dan kemenangan pertama buat kesemua tujuh individu di sebalik lagu tersebut.
Ia juga menjadi lagu K-pop pertama yang memenangi kategori berkenaan dalam sejarah Oscars.



