Trending

“Saya & Individu Itu Tiada Apa-Apa Hubungan”

Pelakon, Alya Iman, 25, menegaskan dia langsung tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan Yusuf Bahrin, sekali gus menolak dakwaan yang mengaitkannya sebagai punca perceraian aktor itu dengan Zizi Kirana.

Alya, menjelaskan dia tidak menjalinkan hubungan persahabatan dengan mana-mana rakan artis di luar set penggambaran kerana menganggap lokasi kerja hanya sebagai ruang profesional semata-mata.

“Mengenai hubungan saya dengan dia, saya sebenarnya tidak berkawan pun dengannya.

“Mungkin orang nampak saya banyak bercakap dan bersosial, tetapi hakikatnya apabila berada di set, saya tidak berkawan dengan sesiapa di luar waktu kerja.

“Agak sukar untuk saya jalinkan persahabatan di luar set. Bagi saya, set hanyalah set. Kecuali kalau benar-benar rapat dan sebaya, barulah mungkin ada hubungan di luar,” katanya.

Tambah Alya, dia juga bukan jenis pelakon yang membina keserasian dengan cara meluangkan masa bersama di luar waktu penggambaran atau bertukar nombor telefon.

“Jadi antara saya dan individu itu memang tiada apa-apa hubungan. Kami tidak berkomunikasi dan saya langsung tidak tahu apa-apa. Secara literal, memang tiada,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Alya menegaskan dia sentiasa menjaga batas, terutama apabila melibatkan rakan sekerja yang sudah berpasangan atau berstatus suami orang.

“Saya memang sangat menjaga sempadan itu. Kalau ada perkara kerja yang perlu disampaikan, saya akan hubungi pihak pengurusan atau pembantu peribadi mereka. Itu cara saya bekerja sejak dahulu,” katanya.

Terdahulu, Alya mengambil tindakan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya selepas timbul tuduhan kononnya dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan berkenaan.

Dakwaan itu muncul susulan gandingannya bersama Yusuf dalam drama Si Bakhil dan Bunganya tahun lalu.

Related Articles

Back to top button