ConcertMusicUncategorized

Reset Jiwa Bersama Anuar Zian, Ella & Dayang Nurfaizah Sempena Healing Nite 2026

Menjadi kata kunci paling popular, healing atau tetapi pemulihan diri merupakan frasa paling kerap digunakan oleh kebanyakan peminat saat memenuhkan ‘selera’ mereka terhadap muzik.

Pada dasarnya, konsep healing begitu dekat di hati sebahagian besar peminat selain mampu menjadi magnet penarik kepada sesebuah persembahan berskala kecil atau besar.

Dan untuk peminat muzik tanah air, pastinya penganjuran Healing Nite 2026 yang dijadual berlangsung pada 24 Januari ini merupakan acara yang harus disertai.

Membariskan penghibur handalan dan dihormati dari Malaysia seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah bersama penyanyi dari Indonesia iaitu Lyodra dan Kangen Band, Healing Nite 2026 bakal menjadi medan terapeutik awal tahun yang cukup mengesankan.

Dianjurkan Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan oleh Creative Page Sdn Bhd untuk produksi, manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna Healing Night 2026 yang bakal berlangsung di lokasi ikonik Stadium Merdeka Kuala Lumpur disifatkan tiga penghibur negara sebagai mempunyai keistimewaan dan signifikan tersendiri.

Sebagai penghibur yang cukup terkenal dengan konsep ‘healing jiwa’ lewat lantunan vokal lembut bersama lirik mendalam, pemilik lagu Keabadian Cinta, Anuar Zain melihat penganjuran Healing Nite 2026 sebagai reset emosi dan minda saat memasuki tahun baharu.

Kangen Band.

“Saya suka menyifatkan reset emosi dan minda sebagai fresh start effect atau memulakan sesuatu yang baharu dengan segar seperti kita melepaskan beban lama dengan membina niat baru.

“Jadi saya melihat Healing Nite 2026 yang diadakan pada 24 Januari ini sesuai dengan konsep teraputik yang diterapkan. Hiburan boleh menjadi salah satu teraputik terbaik sekaligus kerana muzik boleh meningkatkan emosi positif dan menghilangkan stress” ujar Anuar Zain.

Jika Anuar Zain membantu peminat healing menerusi emosi yang menenangkan, Ratu Rock Negara, Ella pula akan memberi energi lega kerana ‘melepaskan’ tekanan atau stress melalui lagu-lagu miliknya.

“Bagi Ella, healing melalui muzik seperti penganjuran Healing Nite 2026 ini adalah cara memulakan tahun baharu dengan baik. Kita boleh lepaskan tekanan atau stress dengan menikmati muzik.

“Mungkin ada ramai yang memendam perasaan pada tahun lalu seperti penat bekerja atau hilang keyakinan diri, jadi mari kita lepaskan semua yang ‘buruk’ dengan energi baharu menerusi teraputik di Healing Nite 2026 ini.

“Ella tunggu semua okay sebab bukan hanya Ella yang akan membantu dan healing bersama anda tetapi akan ada rakan lain seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band serta Lyodra,” katanya.

Bersetuju dengan Anuar Zain dan Ella, Dayang Nurfaizah juga mahu peminat melihat Healing Nite 2026 sebagai pembukaan tahun yang positif.

Selain melepaskan tekanan dan reset emosi, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini mahu peminat menikmati hiburan dengan cara yang sihat.

“Ramai mungkin lupa bahawa mendengar muzik selain dapat melepaskan tekanan ia juga sebagai aktiviti sihat seperti baru melakukan senaman ringan dengan menyanyi dan ‘bergoyang’.

“Jika anda mencari hiburan yang mempunyai semua elemen teraputik ini, maka Healing Nite 2026 adalah jawapannya. Awal tahun adalah masa terbaik untuk kita menarik semua yang positif,” ujar Dayang Nurfaizah.

Healing Nite mengangkat konsep konsert ke satu pengalaman kurasi gaya hidup yang halus dan berlapis- di mana muzik, emosi dan kesejahteraan diraikan dalam satu naratif yang menyeluruh.

Bermula seawal pukul 1 petang di pintu masuk utama Stadium Merdeka, Healing Tent diwujudkan sebagai sebuah ruang transisi yang tenang, mengundang pengunjung untuk memperlahankan langkah dan menyerap suasana sebelum malam beralih kepada ‘mood’ healing.

Maka untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas Healing Nite 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bermula pukul 8.45 malam.

Tiket dengan pelbagai kategori harga boleh dimiliki menerusi pembelian menerusi laman web Ticket2u.

Related Articles

Back to top button