BeritaTrending

Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun, Zulin Aziz Sah Bercerai

Pelakon, Zulin Aziz, 37, mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan suami, Farhan Norzaoni pada 18 Disember tahun lalu.

Zulin berkata perceraian tersebut berlaku di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, namun dia memilih untuk menyimpan perkara itu daripada pengetahuan umum sehingga selesai menjalani tempoh idah.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya.

Mengulas mengenai punca perpisahan, Zulin enggan mengulas lanjut dan menyerahkan hal tersebut sebagai urusan peribadi antara dia dan bekas suami.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami.

“Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya seperti dilapor Kosmo.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan.

Related Articles

Back to top button