Park Bom Tulis Surat Untuk Lee Min Ho

Anggota 2NE1, Park Bom sekali lagi menarik perhatian selepas secara terbuka meluahkan rasa kagumnya terhadap pelakon Lee Min Ho.
Pada 24 April, Park Bom memuat naik satu mesej di media sosial dengan tajuk ‘Surat untuk Lee Min Ho’.
“Helo? Ini Bom. Apa khabar? Saya menulis surat ini begini. Saya nak berlagak macam kita rapat. Saya sangat rindukan awak. Hidup tak terlalu susah, kan? Saya jalani hidup dengan kuat sambil menonton Min Ho,” tulisnya, menunjukkan rasa sayangnya.
Dia turut menambah: “Min Ho, fighting,” sebagai tanda sokongan.
Surat ini bukanlah kali pertama Park Bom menunjukkan rasa kagumnya secara terbuka terhadap Lee Min Ho.
Sejak 2024, dia sering meluahkan perasaan tersebut melalui platform media sosial.
Sebelum ini, dia pernah memuat naik gambar Lee Min Ho dengan kapsyen ‘suami saya’, yang mencetuskan spekulasi Park Bom ‘self-dating’.
Ketika itu, agensi Lee Min Ho menafikan khabar angin tersebut, menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dan dakwaan tersebut tidak berasas.
Sementara itu, Park Bom sebelum ini turut mencetuskan perhatian selepas membuat kenyataan berkaitan rakan kumpulannya dalam 2NE1, Sandara Park.
Kira-kira sebulan kemudian, dia tampil memohon maaf melalui sepucuk surat tulisan tangan yang panjang.
Park Bom juga sebelum ini menghentikan aktivitinya dalam jelajah 2NE1 atas faktor kesihatan dan kini sedang berehat untuk memberi fokus kepada pemulihan.



