Noor Nabila, Ameer Aiman Rancang Kahwin Tahun Ini

Pempengaruh dan usahawan, Noor Nabila, 41, memaklumkan dia bakal melangkah ke fasa perkahwinan bersama pilihan hatinya, Ameer Aiman sebelum hujung tahun ini.
Nabila meminta orang ramai mendoakan agar segala urusan menuju alam rumah tangga bersama Ameer dipermudahkan, selain memaklumkan persiapan termasuk dokumentasi perkahwinan sudah dilakukan.
“Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa yang terdekat. Kita sudah ada rancangan, dalam tahun ini, insya-Allah.
“Kami tengah membuat persiapan. Apa yang penting-penting, dokumen-dokumen itu dah dibuat. Majlis itu nanti dalam persiapan, insya-Allah,” katanya.
Berkongsi mengenai keistimewaan Ameer yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima lelaki itu, Nabila menyifatkan pasangannya sebagai seorang yang ikhlas, matang dan berterus terang.
“Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia bila saya tanya sesuatu, dia orang matang.
“Seseorang yang bukan naif, tapi dia ‘transparent’. Saya rasa macam susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang,” ujarnya lagi.
Menurut Nabila, dia juga selesa apabila Ameer tidak mengetahui banyak perkara mengenai dirinya dan keluarga ketika mereka mula berkenalan.
“Nombor dua, dia tak tahu sangat fasal saya. Pada mula perjumpaan kami, banyak yang dia tak tahu.
“Jadi saya rasa macam, ‘Oh, saya lebih suka orang yang kurang info fasal saya atau keluarga saya.’
“Saya rasa lebih selesa macam itu, maksudnya ikhlaslah kalau suka dengan kita,” jelasnya.
Selain itu, hubungan baik Ameer dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden turut menjadi antara perkara yang membuatkan Nabila semakin yakin dengan lelaki berkenaan.
“Nombor tiga, sudah tentu dia dengan Jayden. Bila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik.
“Jayden pun okey. Dia ada hubungan yang baik dengan Ameer. Hubungan mereka boleh nampak jadi secara natural, alhamdulillah,” katanya.



