Trending

Meerqeen Penat Difitnah

Pelakon, Meerqeen, 25, menafikan dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita selepas tular beberapa foto yang mengaitkannya ketika berada di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Meerqeen menjelaskan wanita yang dilihat bersamanya ketika menghadiri sebuah acara hanyalah salah seorang daripada tetamu yang berada di lokasi dan bukannya seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Bukan nak mempertahankan diri, tapi awak tahu tak konsep acara itu macam mana? Ramai orang ada dekat situ. Dan perempuan itu bukan pasangan saya atau apa-apa,” tulisnya dalam sebuah hantaran.

Dalam masa sama, aktor itu mengakui sudah letih menjadi sasaran pelbagai spekulasi berkaitan kehidupan peribadinya.

Menurut Meerqeen, dia berharap orang ramai berhenti mencari kesalahan dalam setiap perkara yang dilakukannya dan memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang lebih positif.

“Saya dah penat dengan semua ini. Pergilah cari benda yang boleh menggembirakan hati. Janganlah asyik cari salah orang saja. Saya tak benci awak, tapi tolonglah, berhenti,” luahnya.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita ketika menghadiri sebuah acara di Bali.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan individu dipercayai Meerqeen bersama seorang wanita sebelum membuat andaian bahawa wanita terbabit merupakan kekasih aktor itu.

Malah, individu berkenaan turut mendakwa wanita sama menemani Meerqeen ketika pemain drama popular itu menyertai aktiviti bola padang.

Related Articles

Back to top button