Mahu Jual Buah Pinggang Untuk Bebaskan Ibu & Lawan Kezaliman

TINDAKAN dua adik-beradik yang mahu menjual buah pinggang untuk membebaskan ibu mereka yang ditahan pihak polis mendapat perhatian ramai sejak beberapa hari yang lalu.

Remaja berkenaan, Farrel Mahardika dan Nayaka Rivanno Attallah mendakwa ibu mereka difitnah mencuri dan kini sedang ditahan di Polres Tangerang Selatan (Tangsel), Indonesia.

Beberapa keping gambar mereka tukar dengan membawa plakad tertera ‘tolong kami, kami ingin menjual ginjal untuk membebaskan bunda kami yang ditahan di Polres Tangsel’.

“Ibu saya hanya seorang penjual makanan dari rumah. Pada mulanya, dia hanya mahu membantu saudara bapa untuk mengurus rumahnya kerana dia bekerja dengan syarikat penerbangan dan sering ke luar negara,” kata Farrel dipetik Agensi.

Jelasnya lagi, pemilik rumah berkenaan memberikan telefon kepada ibu mereka bersama 10 juta rupiah (RM2,676) untuk menguruskan keperluan rumah serta membayar seorang lagi pembantu.

“Ibu saya sentiasa mencatatkan sebarang transaksi wang diberikan pemilik rumah itu. Akibat sering dimaki-hamun, ibu saya meminta untuk tidak lagi menguruskan rumah tersebut.

“Pemiliknya tidak dapat menerima keputusan ibu saya lalu membuat aduan di Polsek Ciputat dengan tuduhan mencuri.

“Saya mahu mendapatkan wang yang banyak untuk melawan orang yang menzalimi ibu saya. Tidak kira walaupun mereka orang berada,” tambahnya.

Jelas Farrel, ibunya sudah pun mengembalikan telefon bimbit dan wang yang diberikan pemilik rumah tersebut.

Foto: Agensi

Related post

Leave a Reply