Halim Othman Dah Setahun Tak Jumpa Anak

Bekas penyampai radio, Halim Othman, 60, mendedahkan sudah setahun tidak berjumpa dengan anaknya yang juga pelakon, Myra Natasya.

Kongsi Halim, sebagai seorang bapa, dia tetap berusaha sehabis baik untuk memulihkan semula hubungan dengan anaknya.

“Sudah hampir setahun tak jumpa dengan dia (Myra). Kami sekarang tidak kerap berhubung, tapi saya ada hantar pesanan mesej kepadanya.

“Saya sangat berharap kami dapat berjumpa secara berdepan untuk pulihkan semula hubungan kami.

“Tapi saya tidak marah, saya beri dia peluang, bagi dia ruang dan tempoh bertenang untuk kami berbaik,” katanya ketika ditemui di sidang media Keluang Man, pada Rabu.

Meskipun menyambut Aidilfitri tanpa anak, Halim berkata, sambutan Hari Raya masih diraikan penuh meriah dengan ahli keluarga yang lain.

“Raya tahun ini saya sambut tanpa anak, tapi saya ada mengucapkan selamat Hari Raya kepadanya.

“Sambutan tetap meriah, saya balik Terengganu 10 hari beraya di sana,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, hubungan Halim dan Myra dikatakan rengang selepas aktres itu mendakwa dirinya anak tidak sah taraf.

Malah Myra mendakwa Halim dan ibunya iaitu Yusnita Omar tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang pernah diperkatakan selain mempersoalkan isu penamaan bapa dalam sijil kelahirannya.

Related post

Leave a Reply