Berita

Enam Tahun Bercinta, Jazmy Juma Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang

Pelakon, Jazmy Juma kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Farah Ahtirah Rozman.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Dewan Seri Seroja, Putrajaya, pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Haffizan Ibrahim dengan Farah diwalikan oleh abangnya, Muhd Azmeer Rozman.

Pada majlis penuh bermakna itu, Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555 kepada isterinya.

Menurut pengurus Jazmy, Aszuad Zakaria, aktor berusia 31 tahun itu memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup sebagai menghormati permintaan keluarga pihak pengantin perempuan.

Aszuad turut memaklumkan bahawa Jazmy dan Farah telah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, hubungan mereka mula terjalin selepas berkenalan menerusi media sosial pada tahun 2020.

Related Articles

Back to top button