Eda Ezrin Sambut Raya Dalam Penjara
PENYANYI kontroversi, Eda Ezrin bakal menyambut lebaran di Penjara Narathiwat, Thailand dan dijangka dibebaskan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Perkara tersebut disahkan oleh ibu saudara penyanyi berlawanan, Wan Roshayati Wan Yusof, berkata ibu penyanyi itu, Zaharah Mamat, 47, memberitahunya Eda Ezrin dan lima lagi rakyat Malaysia, termasuk suaminya akan menyambut Hari Raya di sana.
“Zaharah yang juga bekas adik ipar saya, baru-baru ini melawat Eda Ezrin dan memberitahu saya bahawa Eda Ezrin tidak akan meraikan Hari Raya bersama keluarganya.
“Kesemua mereka hanya akan dibebaskan selepas Hari Raya. Ibunya memberitahu saya dia sedih kerana anak sulungnya tidak dapat bersama mereka untuk menyambut Hari Raya, tetapi dia menerimanya dengan hati terbuka,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.
Dalam pada itu, Wan Roshayati berkata Zaharah juga merancang membeli pakaian Raya kepada anaknya. Akan tetapi dia dimaklumkan dalam penjara, banduan hanya dibenarkan memakai pakaian yang disediakan,” tambahnya seperti dilaporkan media tempatan.
Beliau berkata Zaharah berkata, Eda Ezrin yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail turut memberitahu ibunya dia akan meneruskan kerjaya nyanyian apabila dibebaskan.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima lagi rakyat Malaysia termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.