Berita

Didi Astillah Sah Bergelar Isteri Kepada Diniey Ng

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah, selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey, dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri pada jam 10.05 pagi selepas dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik, Ustaz Mohammad Nazri.

Tampil anggun dalam persalinan serba putih, Didi menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada suaminya sebagai simbolik penyatuan mereka.

Bertemakan serba putih, majlis berkenaan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan selebriti serta kenalan rapat yang hadir bagi meraikan hari bahagia pasangan mempelai.

Terdahulu, Didi menerima kejutan lamaran daripada Diniey ketika sambutan Tahun Baharu 2026 sebelum mereka mengikat tali pertunangan pada 10 Januari lalu. Selepas hampir enam bulan merancang hari bahagia, pasangan itu akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

Related Articles

Back to top button