Bekas Suami Kim Seri Dipercayai Ditahan Polis, Kakak Tampil Beri Kenyataan

Baru-baru ini, pempengaruh Kim Seri dikatakan telah pun mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Korea Selatan bernama Choi Amin.

Di sebalik kritikan yang diterima, sekali lagi nama Kim Seri menjadi bualan memandangkan bekas kakak ipar Kim Seri mendedahkan hal yang mengejutkan kepada umum.

Menurut wanita itu, adiknya yang juga bekas suami kepada Kim Seri didakwa telah ditahan pihak polis dan kini berada dalam penjara gara-gara terpalit dengan kes jenayah yang melibatkan pempengaruh itu.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang individu di TikTok, satu perbualan mesej antara Kim Seri dan wanita yang didakwa sebagai bekas kakak iparnya itu berhubung isu yang menimpa bekas suami pempengaruh berkenaan telah dipapar kepada khalayak.

“Allahuakhbar, harap-harap dia kumpul lah bukti-bukti yang dia tak bersalah dan tak ada kena mengena,” antara isi mesej itu.

Satu hantaran serupa turut dimuat naik di grup Facebook Road To Korea dengan penjelasan yang lebih panjang.

“Video dan jawapan kenapa Kim Seri masih lepas bebas sebab bekas suami yang tanggung segala jenayah dia asbab semasa suami isteri, bekas suami bukakan akaun SSM/akaun syarikat untuk dia buat travel agency.

“Jadi bila kes viral, orang report, bekas suami yang hadap kes polis dan segala jenayah dia. Sekarang bekas suami masuk lokap kena roadshow lokap sebab hadap 47 kes jenayah dia.

“Yang buat, hidup lepas bebas bahagia dekat Korea sana siap nikah dah semalam sedangkan bekas laki meringkuk kat sel atas segala jenayah dia,” katanya.

Wanita tersebut mendakwa, Kim Seri sendiri mengaku bekas suaminya tidak bersalah dan tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku.

“Hujung-hujung fitnah bekas suami curi duit bagai. Doakan adik saya yang teraniaya dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Kim Seri mendapat perhatian warganet selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan pempengaruh ini sehingga mengalami kerugian sebanyak RM500,000.

Susulan dakwaan ini, Kim Seri telah membuat permohonan maaf dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewatnya pada 1 Februari 2025.

Namun, ada yang mendakwa sehingga kini wang mereka masih belum dipulangkan dan Kim Seri pula telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dari Korea Selatan.

Sumber: Lobak Merah

Related post

Leave a Reply