Babak Peluk Kaki Melissa Dibuat Dalam Separa Sedar – Fattah Amin

BABAK pelakon Fattah Amin memeluk kaki aktres Melissa Campbell dalam drama Keluarga Itu mendapat teguran segelintir netizen apabila ada yang mengatakan kurang sesuai.

Tampil memberi penjelasan, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mengakui khilafnya berbuat demikian.

Kata aktor itu, adegan tersebut berlaku secara spontan disebabkan terlalu larut dalam emosi dan menjiwai watak yang dibawakan bernama Ansara.

“Saya mengaku itu salah saya. Kalau boleh memang saya nak elak bawa watak berlebihan atau ‘over’. Adegan itu berlaku spontan.

“Saya macam separa sedar ketika itu, mungkin sebab terlalu mendalami watak saya.

“Kalau boleh tak nak buat pub adegan sedemikian, tapi sebagai pelakon, apabila terlalu menjiwa kita akan buat perkara spontan,” katanya.

Menerima segala teguran dengan hati terbuka, Fattah memberitahu akan memperbaiki dirinya terutama dalam lakonan pada masa akan datang.

“Salah tetap salah, saya manusia biasa yang sentiasa ingin cuba menjadi hamba Allah yang baik. Saya akan terus perbaiki diri dan lakonan,” ungkapnya lagi.

Related post

Leave a Reply