GlobalLakon Layar

Im Si Wan Dedah Rutin Tidur 12 Jam Sehari

Pelakon dan penyanyi, Im Si Wan mendedahkan yang jadual kerjanya terlalu padat sehingga memerlukannya untuk melaksanakan empat hingga lima kerja dalam masa satu hari.

Menerusi program Salon Drip, Si Wan berkata, hal ini berlaku disebabkan dia tidak suka untuk menanggungkan kerja sehingga menyebabkan kerja-kerjanya menjadi berganda pada keesokan hari.

Dalam masa sama, Si Wan turut menyatakan dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan dan rasa burnout akibat penat yang melampau.

Justeru, dia memilih untuk berehat jika tidak terikat dengan sebarang komitmen kerjaya.

“Saya memang sudah terlebih beban. Kalau saya tak habiskan jadual kerja hari ini, semuanya akan bertimbun untuk hari esok.

“Saya sebenarnya tidur 12 jam sehari. Saya memang suka tidur,” katanya.

Pengacara program berkenaan kemudian membandingkan corak tidurnya dengan bayi yang baru lahir.

Si Wan membalas gurauan itu dengan berkata yang dia hanya ada baki 12 jam dalam satu hari untuk menyelesaikan setiap urusannya.

“Saya cuma ada 12 jam sehari. Kalau semua benda perlu dibahagi dalam 12 jam itu, tentulah saya jadi sibuk.

“Dalam masa itu saya terlibat dengan pembikinan album, membuat persediaan untuk projek, bersenam untuk persediaan watak dan berhubung dengan orang. Memang saya sangat sibuk.”

Sumber: Allkpop

Related Articles

Back to top button