GlobalMusic

Peminat NewJeans Minta Tolong MrBeast Untuk ‘Selamatkan’ Danielle

Youtuber popular, MrBeast, menarik perhatian ramai selepas memberi respons terhadap gesaan peminat NewJeans yang meminta bantuannya berhubung ahli kumpulan itu, Danielle.

MrBeast memberi respons selepas ruangan komen di platform TikTok miliknya dibanjiri oleh peminat kumpulan itu.

Memetik laporan portal Empire, ruangan komen di platform TikTok MrBeast dibanjiri peminat NewJeans yang meminta

Sebagai respons, MrBeast meninggalkan komen ringkas tetapi mencuri perhatian dengan bertanya: “Apa yang perlu saya buat?” tulisnya.

Selain itu, ruangan komen platform media sosial MrBeast yang lain turut dipenuhi komen-komen seperti: “Tolong beli HYBE” dan “Selamatkan NewJeans”.

Tanda pagar #mrbeastsavenewjeans juga mula tular, sekali gus menguatkan gerakan tersebut di platform media sosial global.

Kempen yang digerakkan peminat ini bermula susulan pertikaian undang-undang berpanjangan antara NewJeans dan agensi mereka, ADOR, berkaitan kesahihan kontrak eksklusif anggotanya.

Selepas kira-kira setahun proses perundangan, semua ahli NewJeans mengumumkan hasrat untuk kembali ke ADOR. Namun, agensi itu menyatakan tiada sebarang perbincangan awal mengenai kepulangan Minji, Hanni dan Danielle, kecuali Haerin dan Hyein.

ADOR kemudiannya menjelaskan Hanni telah bersetuju untuk kembali, manakala perbincangan dengan Minji masih berlangsung. Bagi Danielle pula, agensi itu mengesahkan bahawa notis penamatan kontrak eksklusif telah dikeluarkan.

Apabila rancangan kemunculan semula kumpulan secara lengkap gagal direalisasikan, peminat meningkatkan tekanan dengan merayu kepada salah seorang figura awam paling berpengaruh di dunia.

Turut dilaporkan ribuan faks bantahan terhadap penamatan kontrak Danielle telah dihantar ke Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.

Sementara itu, ADOR menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli keluarga Danielle serta bekas CEO Min Hee Jin, yang didakwa memikul tanggungjawab besar terhadap pertikaian tersebut dan kelewatan kepulangan NewJeans.

Agensi itu juga dilaporkan sedang meneruskan tuntutan penalti dan ganti rugi terhadap Danielle sendiri.

Situasi ini terus mendapat perhatian meluas apabila peminat, pemain industri dan khalayak global memerhati rapat perkembangan konflik berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button