Tuah Berlimpah Di Tahun Emas! ACE Integrated Lancar MV Sempena Tahun Baru Cina

Tuah Berlimpah Di Tahun Emas! ACE Integrated Lancar MV Sempena Tahun Baru Cina

ACE Integrated melancarkan video muzik (MV) lagu terbaharu bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2026 dengan tema Tuah Berlimpah di Tahun Emas.

Video muzik tersebut menampilkan pelbagai elemen tradisional perayaan, termasuk tarian naga yang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Visual yang terang dan penuh tenaga itu berjaya menggambarkan keceriaan serta semangat sambutan perayaan yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Lagu tema kali ini lahir daripada gabungan tradisi dan trend moden, yang menghasilkan satu elemen muzik merentas Asia.

ACE Integrated menyatukan bakat kreatif generasi baharu Malaysia dengan dunia rap Hong Kong untuk menghasilkan lagu tema Tahun Baru Cina paling unik dan menarik.

“Tahun Emas Tuah Berlimpah membawa harapan paling gemilang kami untuk tahun baharu. Ia adalah hadiah muzik kami kepada komuniti Cina di seluruh dunia,” tulis kapsyen pada MV berkenaan.

Lagu ini bukan sahaja menonjolkan elemen tradisional, malah menampilkan sentuhan moden yang pastinya memukau penonton dari semua peringkat usia.

Setiap babak dalam video muzik direka untuk menonjolkan semangat perayaan, selain menyatukan elemen muzik tradisional dengan rap kontemporari, menjadikannya menarik untuk ditonton berulang kali.

Bagi peminat muzik dan mereka yang ingin menyambut Tahun Baru Cina dengan lebih meriah, jangan lepaskan peluang untuk menonton MV rasmi di YouTube ACE Integrated.

Related post

Leave a Reply