Zed Zaidi Kekal Presiden Seniman, Ellie Suriati Tewas Rebut Jawatan Timbalan Presiden

Zed Zaidi Kekal Presiden Seniman, Ellie Suriati Tewas Rebut Jawatan Timbalan Presiden

Zed Zaidi sekali lagi dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk penggal 2025-2028 sempena Mesyuarat Agung Seniman Malaysia ke-24 yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor satu persatuan yang sudah berusia 50 tahun itu, Zed dicabar oleh Betty Banafe memperoleh 147 undi meninggalkan pencabarnya yang hanya memperoleh 9 undi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Ellie Suriati yang membuat kemunculan mencabar Rena Tan, gagal menambat undi ahli yang masih mempercayai kepimpinan wanita berkenaan.

Rena memperoleh 90 undi meninggalkan Ellie yang hanya mendapat 60 undi dalam persaingan dua penjuru.

Dalam ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai presiden untuk penggal baharu, Zed merakamkan penghargaan kepada semua ahli atas mandat yang diberikan.

Zed (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa Persatuan Seniman untuk penggal 2025-2028.

“Kita yakin dengan kepimpinan baharu yang dilantik akan membawa Persatuan Seniman ke peringkat yang lebih tinggi dengan beberapa agenda yang akan menjadi fokus utama kepada semua.

“Kami akan memastikan badan kutipan royalti untuk ahli Seniman diperjuangkan selain meneruskan visi dan misi sedia ada untuk terus memperkasakan persatuan,” kata Zed.

Menariknya, dalam pemilihan kali ini seramai 21 calon ahli jawatankuasa menawarkan diri merebut tujuh tempat yanh perlu diisi.

Yang berjaya kali ini terdiri daripada, Datuk Subash, Lisdawati, Marissa Yasmin, Zizan Nin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Zamshuri dan Ezlynn.

Bagi jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari pula diisi oleh Hafiz Nafiah dan Zarinah secara lantikan oleh Presiden.

Manakala jawatan Penolong Setiausaha pula dimenangi tanda pertandingan oleh Salman Al Farisi.

Related post

Leave a Reply