Syasya Rizal Timang Anak Kedua, Bayi Perempuan Seberat 3.57 Kg

Syasya Rizal Timang Anak Kedua, Bayi Perempuan Seberat 3.57 Kg

Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan, pada jam 10.28 malam Isnin.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Norsyasya Afiqah Shahrizal, menerusi beberapa platform media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Syasya menzahirkan rasa syukur atas kehadiran insan baharu dalam keluarga kecilnya bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.

Menurut Syasya, kelahiran bayi seberat 3.57 kilogram itu merupakan satu lagi amanah besar yang dipercayakan Allah kepada mereka.

“Alhamdulillah, pada 1 Disember 2025, hadir seorang lagi sinar dalam hidup kami.

“Puteri kecil yang akan kami jaga, sayangi dan didik sebaiknya. Selamat datang ke dunia, wahai permata hati,” tulisnya.

Turut dimuat naik ialah video Nasrullah mengiqamatkan bayi mereka sejurus selepas kelahirannya.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada April 2024 dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Yassir Hayyan Nasrullah, yang kini berusia setahun.

Related post

Leave a Reply