
Shindong Super Junior berkongsi perkembangan terbaharu mengenai kejayaannya menurunkan berat badan.
Dalam episod 508 program varieti JTBC Knowing Bros yang disiarkan baru-baru ini, Shindong dengan bangga mendedahkan bahawa dia telah mencapai satu pencapaian besar dalam dietnya.
Rakan artis yang turut berada dalam siaran sama, Kang Ho Dong berkata kepada Shindong: “Kau tiba-tiba kurus. Ya ampun, jangan turun lagi,” membuat semua orang di set terkejut.
Ho Dong kemudian menjelaskan: “Pada mulanya, saya rasa sedikit terganggu bila Shindong berdiri di depan saya kerana saya tak nampak apa-apa di belakangnya. Tapi selepas dia mula berdiet, tiba-tiba pemandangan saya jadi luas.”
Turut ditunjukkan kepada penonton perbandingan gambar menunjukkan wajah Shindong yang jauh lebih langsing.
Shindong membalas dengan ceria: “Pujilah saya. Berat saya akhirnya turun ke angka dua digit.”
Ho Dong menjawab sambil bergurau bergurau: “Kalau dua digit, maksudnya 99.9 kg?”
Shindong membetulkan Ho Dong dan mendedahkan: “Tepat 97.8 kg. Saya bermula pada 106 kg.”
Dia juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila Kang Ho Dong menggambarkan tubuhnya kini sebagai nipis seperti kertas.
Sumber: Allkpop



