“Kalau Ambil Dadah Pun, Saya Takkan Jauhi Dia’”

“Kalau Ambil Dadah Pun, Saya Takkan Jauhi Dia’”

Personaliti media sosial Singapura, Wang Lei atau lebih dikenali sebagai Fish Selling Bro, tampil mempertahankan penyanyi kontroversi Namewee, yang baru-baru ini dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang influencer Taiwan.

Sebuah klip daripada siaran langsung Wang Lei kini tular, memaparkan dia bercakap panjang lebar mengenai situasi yang dihadapi Namewee.

Dalam siaran tersebut, Wang Lei berkata, walaupun Namewee mungkin mengambil dadah, dia tidak akan memutuskan hubungan persahabatan dengan penyanyi itu,

“Kamu semua tak ada kawan yang pernah ambil dadah ke? Saya ramai. Kalau dia bukan figura awam, orang pun tak akan kisah pun dia ambil dadah atau tidak,” katanya.

Wang Lei mendakwa, tingkah laku Namewee diperbesarkan kerana dia seorang selebriti.

Menurut laporan Reddot, Wang Lei juga menuduh sesetengah media sengaja membesar-besarkan kes ini demi tontonan, malah dia turut mengaitkan penyakit yang menimpa ahli keluarga seorang wartawan sebagai ‘balasan karma’.

Wang Lei turut menyatakan yang dia tidak percaya Namewee sanggup melakukan pembunuhan, lebih-lebih lagi ketika kerjaya artis itu sedang berada di kemuncak.

“Dia belum pun disabitkan bersalah, tapi media dan pembencinya sudah mula menyerangnya. Malah, ada orang di sekelilingnya yang cuba ambil kesempatan. Siapa yang tak pernah buat silap?” katanya lagi.

Sebagai seorang kawan, Wang Lei berkata, jika kes ini hanya melibatkan penggunaan dadah, dia akan memilih untuk memaafkan dan terus menyokong Namewee untuk berubah.

“Saya tidak mahu komen tentang tuduhan bunuh. Tapi kalau dia perlukan bantuan, saya akan tetap sokong dia,” tuturnya.

Sumber: Weirdkaya

Related post

Leave a Reply