Tareq Fit Tegur Lelaki Yang Sibuk Nak Ikut Trend Jamilah
Sejak kebelakangan ini, trend Jamilah semakin kerap dilihat muncul di platform media sosial. Ramai dalam kalangan netizen yang mengikuti trend ini, termasuk artis tempatan.
Hal ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, termasuk pempengaruh Tareq Fit.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Tareq menyifatkan trend berkenaan sebagai satu perkara yang mengarut, selain turut menegur segelintir lelaki yang merakam diri sendiri di atas katil untuk tatapan umum.
“Lelaki sibuk dengan Jamilah, trend mengarut, trend yang ikut syahwat. Orang lain ikut, mana aura lelaki, mana aura seorang muslim. Baring atas katil rakam diri, nak attention kan? Nak cari pujian kan? Orang lain semua ikut, ini bukan aura lelaki jantan sejati faham?” luahnya.

Tareq menjelaskan, trend-trend sebegitu menjadi punca kebanyakan lelaki pada zaman sekarang hilang jati diri dan dilihat lemah.
“Sebab tu zaman kita, lelaki menjadi lemah. Kalau ketua lemah semua akan jatuh. Kebanyakan yang mengganggu masyarakat kita, agama kita sekarang ini adalah lelaki.
“Sebab lelaki lemah tak ikut undang-undang agama Islam,” luahnya lagi.
Selain itu, Tareq turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terikut dengan trend tular yang penuh di platform media sosial.
“Jangan ikut trend mengarut sama Jamilah. Jangan emosi, jangan melenting, jangan cepat koyak. Kuatlah sikit. Lelaki lemah sahaja yang mencari attention, mencari pujian daripada orang lain. Lelaki yang kuat, sejati dia tak kisah pun.
“Dia akan buat benda yang betul, yang ikut agama, yang ikut Allah SWT. Orang puji tak puji, tak kisah, fokus sahaja,” tuturnya.
