‘Biarlah Letak Semua Kesalahan Dekat Saya’ – Nubhan

‘Biarlah Letak Semua Kesalahan Dekat Saya’ – Nubhan

Penyanyi, Nubhan, 39 menegaskan dia akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku melibatkan kemelut rumah tangganya dengan isteri, Dr. Afifah Hidayah.

Pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, berharap orang ramai berhenti daripada mencetuskan sebarang spekulasi supaya dia boleh menumpukan perhatian kepada anak-anak serta komitmennya dalam program Gegar Vaganza ke-12 (GV12).

“Saya rasa biarlah saya letak semua kesalahan dekat saya. Benda ini bukan mudah untuk saya fokus, macam-macam hal terjadi.

“Saya minta semua hormat dia dan saya pun akan terus hormat sebagai ibu kepada anak-anak saya.

“Sekiranya orang melihat apa berlaku dalam media sosial, tolonglah tak perlu cakap bukan-bukan terhadap dia.

“Patut dihentikan, saya nak fokus anak-anak, GV dan tanggungjawab saya. Bagilah saya ruang,” katanya.

Dalam masa sama, Nubhan mengharapkan penyelesaian konflik rumah tangga secara baik dan berharap keadaan akan lebih reda.

“Saya rasa cukup-cukuplah sebab apa pun yang keluar ini antara saya dan dia. Apa yang orang tahu cuma sedikit, selebihnya biarlah saya simpan.

“Memang cara baik untuk selesaikan konflik, tapi apa pun sekarang ini situasi semakin rancak.

“Cuma dah jadi sangat bertebaran, ada yang mengutuk, cakap bukan-bukan.

“Minta maaf, saya tak nak cakap isu rumah tangga sebab tak bawa apa-apa kebaikan. Cukup sampai situ saja,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan dan Afifah semakin rumit apabila banyak spekulasi liar tersebar di Threads.

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Nubhan ke atas Dr. Afifah.

Related post

Leave a Reply