‘Tak Tahu Pula Syafi Tee Ada Perasaan Terhadap Saya’ – Sharifah Rose
Pelakon Sharifah Rose menjelaskan hubungan dengan aktor Syafi Tee hanyalah sebagai rakan sekerja dan menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa di luar set penggambaran.
Menurut Rose, sepanjang penggambaran drama berjudul Jiran Tepi, Hati-Hati yang berlangsung selama 10 hari, mereka berdua tidak menghadapi sebarang masalah dan bekerja dalam suasana profesional.
“Syafi seorang yang senang untuk bekerjasama. Memang tak ada masalah waktu kami berlakon dalam drama Jiran Tepi, Hati-Hati selama 10 hari.
“Dekat set sebelum ini saya buat hal sendiri, dia pun dengan hal dia. Saya tak tahu pula dia ada perasaan terhadap saya. Kami kenal pun di set, itu kali pertama saya jumpa dia.
“Memang dia ada cakap selesa berkawan dan berborak dengan saya, tapi yang soal perasaan suka itu saya tak tahu pun. Mungkin dia suka saya sebagai kawan kot, sebab dia tak ada cakap apa-apa,” katanya.
Mengulas lanjut, Rose berkata dia tidak begitu rapat dengan Syafi dan lebih selesa menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja.
“Mungkin saya tak kenal dia sangat kot. Kami tak banyak berborak di set sebab saya pun tak bercadang untuk mencari pasangan dalam kalangan pelakon.
“Mungkin tidak, mungkin kawan sahaja. Saya lebih suka lelaki yang bukan dari bidang sama. Sebab saya tahu dunia lakonan ini ada pasang surutnya. Saya nak lelaki yang stabil,” jelasnya.
Menurut Rose lagi, dia percaya keserasian antara mereka hanyalah dalam konteks lakonan semata-mata.
“Saya anggap perasaan itu cuma dalam karakter sahaja. Kadang-kadang bila digandingkan bersama, memang ada usik-usik untuk wujudkan keserasian. Jadi saya anggap ia sekadar lakonan.
“Saya selesa berkawan dengan dia sebagai rakan industri sahaja. Saya pun terkejut bila dapat tahu tentang pengakuan itu. Tapi saya tak ada masalah nak bekerjasama dengan dia lagi kalau diberi peluang.
“Sebab dia pun tak ada masalah dengan saya, saya pun tak ada masalah dengan dia. Cuma biarlah perasaan dia itu kekal dalam dirinya,” katanya lagi.
Terdahulu, Syafi, 32, dalam satu temu bual, mengakui menyimpan perasaan terhadap Sharifah Rose sejak mereka digandingkan bersama dalam drama berkenaan.
