Charlie Nu’man Meninggal Dunia

Charlie Nu’man Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Charlie Nu’man, 71, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8 malam pada Rabu di rumah anak perempuannya di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah, jenazah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan akan dikebumikan di tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih selepas Zohor.

“Arwah disahkan menghidap kanser usus tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini,” kata Hafiz.

Untuk rekod, arwah mendirikan rumah tangga ketika berusia 40 tahun namun bercerai beberapa tahun selepas itu. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Arwah kemudian berkahwin kali kedua pada tahun 2011 namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada tahun 2020 dan dikurniakan empat cahaya mata.

”Bagi pihak Persatuan Seniman, kami ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tambahnya.

Related post

Leave a Reply