Nubhan Bakal Sahkan Lafaz Cerai Terhadap Isteri Di Mahkamah Syariah Sepang

Nubhan Bakal Sahkan Lafaz Cerai Terhadap Isteri Di Mahkamah Syariah Sepang

Selepas sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan, 39, dikatakan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Khamis bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Menurut sumber pasangan itu, permohonan berkenaan difailkan oleh pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad pada awal bulan lalu.

“Setakat yang dimaklumkan, esok akan berlangsung prosiding pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah.

“Bila lafaz cerai itu dibuat, hanya dia yang boleh jelaskan. Difahamkan kedua-duanya akan hadir bersama peguam masing-masing.

“Mereka kini hidup berasingan. Tiga anak mereka yang masih kecil berada di bawah jagaan isterinya,” kata sumber.

Sementara itu, peguam yang mewakili Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan anak guamnya akan hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya dimaklumkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos lalu.

“Namun, saya tidak pasti sama ada hakim akan terus mengesahkan perceraian itu esok kerana kebiasaannya perlu melalui siasatan terlebih dahulu.

“Bagi punca perceraian, kita tunggu sahaja selepas prosiding selesai,” kongsinya seperti dilapor Kosmo.

Imbas kembali, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Fadhilah Idris

Fadhilah Idris

Talent details Name : Category : Years of Experience : Previous Work : Member No. : Status : Active

Related post

Leave a Reply