Julie KISS OF LIFE & Kangmin VERIVERY Terpalit Khabar Angin Selepas Video CCTV Tular

Julie KISS OF LIFE & Kangmin VERIVERY Terpalit Khabar Angin Selepas Video CCTV Tular

Julie, anggota kumpulan wanita KISS OF LIFE, menjadi tumpuan khabar angin selepas sebuah video yang didakwa dirakam di dalam sebuah bar tersebar di internet.

Sehubungan dengan itu, agensi Julie, S2 Entertainment, memberikan kenyataak kepada Xports News.

“Memandangkan ini melibatkan kehidupan peribadinya, syarikat tiada komen untuk diberikan,” respons agensi tersebut susulan rakaman CCTV berkenaan yang tersebar terutamanya di platform media sosial China, Weibo.

Video yang dilaporkan bertarikh 7 Mei itu menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita duduk rapat sambil berinteraksi secara mesra.

Lelaki itu kelihatan membelai rambut wanita tersebut ketika dia berbaring di sofa, sebelum memeluknya dari belakang ketika dia cuba beredar.

Spekulasi pantas tersebar dalam talian bahawa individu dalam rakaman tersebut ialah Kangmin dari VERIVERY dan Julie dari KISS OF LIFE.

Namun, peminat menyuarakan kebimbangan bahawa andaian tanpa usul periksa hanya mempercepatkan penyebaran maklumat palsu, sambil mendesak pihak agensi untuk memberi respon lebih tegas.

Sebagai tindak balas, wakil Kangmin menafikan khabar angin itu dengan kenyataan: “Perkara ini sama sekali tidak benar dan merupakan fitnah berniat jahat yang serius mencemarkan reputasi artis kami,” katanya.

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply