Wajah Misha Omar Hiasi Papan Iklan Times Square New York

Wajah Misha Omar Hiasi Papan Iklan Times Square New York

Penyanyi, Misha Omar, 43, meraikan detik bersejarah apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi Times Square, New York melalui kempen global #SpotifyEQUAL.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar berkongsi momen istimewa itu di Instagram sambil menzahirkan rasa syukur dan bangga.

“Melihat wajah Kak Mitch terpampang di Times Square adalah momen seumur hidup. Kejayaan ini bukan hanya milik Kak Mitch, tetapi milik kita bersama. Terima kasih kepada Spotify kerana mengangkat suara wanita,” tulisnya.

Menurut Misha, setiap wanita membawa kisah kekuatan dan ketabahan yang boleh menjadi inspirasi generasi baharu.

Penyanyi lagu Break itu turut menyingkap perjalanan seninya sepanjang 23 tahun, yang disifatkan lebih daripada sekadar kerjaya, sebaliknya sebagai warisan hati untuk menyentuh jiwa pendengar.

Misha turut mengucapkan terima kasih kepada Sony Music Malaysia dan pasukan pengurusannya atas sokongan padu sejak mula berkecimpung dalam industri.

Kempen #SpotifyEQUAL dilaksanakan bagi meraikan bakat wanita dalam muzik serta memberi peluang artis wanita Asia Tenggara dikenali di peringkat dunia.

Related post

Leave a Reply