Pasangan Terkedu Jumpa Wanita Asing Sedang Tidur Di Bilik Sendiri

Pasangan Terkedu Jumpa Wanita Asing Sedang Tidur Di Bilik Sendiri

Percutian santai sepasang suami isteri bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila mereka pulang ke bilik hotel lewat malam dan mendapati seorang wanita asing sedang tidur di atas katil mereka.

Menurut sebuah video yang dimuat naik pasangan berkenaan di TikTok, mereka keluar bersiar-siar dan kembali ke bilik sekitar pukul 11.30 malam.

Namun, sesuatu yang pelik berlaku apabila mereka melihat selak pintu bilik dikunci dari luar. Apabila pintu akhirnya berjaya dibuka, mereka terkejut apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali sedang nyenyak tidur di atas katil mereka.

Sang isteri mengimbas kembali bahawa sebelum mereka meninggalkan bilik pada petang itu, pintu sudah dikunci dan tanda “Please clean the room” digantung di luar.

Mereka juga meninggalkan kad akses ganti dalam slot kad bagi memastikan pendingin hawa terus berfungsi sepanjang hari.

Namun, apabila pulang, pemandangan wanita yang lena di katil mereka terasa seperti adegan dalam filem seram.

“Hampir tengah malam, saya begitu takut sampai seluruh badan meremang. Saya ingatkan saya ternampak hantu!”, kata pengadu seperti dipetik portal 8world News.

Pasangan itu segera menghubungi kaunter penyambut tetamu untuk mendapatkan bantuan. Namun, hanya seorang kakitangan bertugas ketika itu.

Tidak lama kemudian, dua pengawal keselamatan tiba bersama kerusi roda, tetapi mereka tidak dapat mengusung wanita tersebut keluar dari katil kerana polisi hotel melarang mereka menyentuh tetamu.

Mereka hanya mampu memanggil wanita itu dari luar bilik, tetapi dia langsung tidak memberi respons dan terus tidur lena.

Keesokan paginya, identiti wanita tersebut akhirnya terbongkar. Aia sebenarnya tetamu dari bilik sebelah pasangan itu.

Difahamkan, wanita itu dan teman lelakinya dalam perjalanan pulang ke bilik hotel dalam keadaan mabuk, namun secara tidak sengaja dia tersesat masuk ke bilik pasangan berkenaan sebelum tertidur.

Pihak hotel kemudian mengakui bahawa kakitangan pembersihan mereka gagal mengunci pintu bilik, menyebabkan wanita asing itu mudah masuk.
Mujurlah tiada barang pasangan itu yang hilang dan mereka memilih untuk tidak memperbesarkan hal tersebut.

Dilaporkan, mereka kini sedang berbincang dengan pihak hotel mengenai tuntutan bayaran balik berhubung insiden itu.

Related post

Leave a Reply