‘Berdoa Allah Tarik Harta Orang Yang Aniaya Saya’ – Aaron Aziz

‘Berdoa Allah Tarik Harta Orang Yang Aniaya Saya’ – Aaron Aziz

Pelakon, Datuk Aaron Aziz, 49, berkongsi rasa terbeban dengan perjalanan hidupnya sepanjang tahun ini, sehingga terpaksa memaksa diri untuk tersenyum meskipun hatinya sarat dengan kesedihan.

Pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz, berkata, emosinya terganggu dengan ujian bertubi-tubi yang menimpa sejak kebelakangan ini.

“Tahun ini terlalu banyak dugaan dan kekecewaan. Saya benar-benar penat. Nak senyum pun rasa terpaksa,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Mengharapkan ruang peribadi, Aaron menegaskan dia tidak akan menjawab sebarang persoalan berkaitan luahannya, sebaliknya hanya berserah kepada Tuhan.

“Jangan tanya di ruangan komen kerana saya tidak akan menjawab. Saya hanya berdoa agar Allah menarik segala harta orang yang pernah menganiaya saya,” katanya lagi.

Walaupun tidak menjelaskan punca sebenar, perkongsian Aaron itu segera mengundang perhatian peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat, mendoakan agar bapa kepada tiga cahaya mata itu terus tabah menghadapi ujian.

Related post

Leave a Reply