Riezman Khuzaimi Jawab Dakwaan Isteri Hantar Sihir Kepada Kak Ton

Riezman Khuzaimi Jawab Dakwaan Isteri Hantar Sihir Kepada Kak Ton

Pelakon, Riezman Khuzaimi memilih untuk tidak ambil peduli selepas isterinya, Datuk Azie Sheikh Mohd didakwa sebagai pengusaha produk yang menghantar sihir kepada usahawan terkenal, Kak Ton.

Menurut Riezman, tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan hanya datang daripada spekulasi liar warganet.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya pun tidak mahu melayan komen sebegitu kerana hanya merosakkan minda rakyat Malaysia. Mereka tidak tahu cerita sebenar, tapi suka membuat tuduhan sesuka hati.

“Saya banyak belajar daripada isteri yang sentiasa positif dan tidak termakan dengan komen negatif netizen,” katanya.

Riezman menambah, dirinya kini lebih matang dan tidak lagi mudah ‘koyak’ seperti dahulu apabila berdepan dengan kritikan warganet.

“Kalau dulu saya cepat koyak, tapi sekarang isteri sudah ajar supaya lebih tenang. Malah, saya gunakan teknik psikologi berbalik atau ‘reverse psychology’ untuk berdepan dengan komen jahat.

“Saya juga sering mendidik pengikut di TikTok supaya tidak cepat rapuh dengan komen negatif. Kalau ada ‘mulut puaka’ masuk ketika saya buat live, saya memang tak layan sebab kalau dilayan, hanya menambah dosa,” ujarnya.

Terdahulu, usahawan popular Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan mendedahkan pengalaman dirinya berdepan dengan amalan sihir dan perkara mistik.

Kak Ton mendakwa pernah diganggu seorang pengasas produk menggunakan ilmu hitam, namun tidak mendedahkan nama individu terbabit.

Ekoran kenyataan itu, muncul spekulasi di TikTok yang mengaitkan nama Datuk Azie, sekali gus mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan netizen.

Related post

Leave a Reply