Harga Petrol RON95 Turun RM1.99 Seliter Hujung Bulan Ini, Pastikan Cip MyKad Berfungsi

Harga Petrol RON95 Turun RM1.99 Seliter Hujung Bulan Ini, Pastikan Cip MyKad Berfungsi

Berita baik untuk para pemandu di Malaysia, kerajaan dijangka menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang hujung bulan ini menerusi sistem subsidi bersasar.

Namun sebelum anda ke stesen minyak, ada satu perkara penting yang perlu diperiksa- MyKad anda.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, sistem subsidi baharu ini hanya akan berfungsi sekiranya cip MyKad anda boleh dibaca dengan baik.

Ini kerana MyKad akan digunakan untuk mengesahkan identiti anda ketika mengisi petrol di bawah skim subsidi bersasar tersebut.

Sekiranya cip MyKad rosak atau tidak boleh dibaca, anda mungkin terlepas peluang menikmati harga bahan api lebih murah itu.

Jangan panik, jika cip MyKad rosak, anda boleh segera ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk menggantikannya.

Kerajaan turut menasihatkan orang ramai agar memeriksa MyKad lebih awal supaya dapat menikmati harga petrol RM1.99 tanpa sebarang masalah.

Dengan pelaksanaan subsidi yang bakal bermula tidak lama lagi, pastikan MyKad anda dalam keadaan baik bagi mengelakkan tekanan saat akhir.

Related post

Leave a Reply