Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia

Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi, Khai Bahar iaitu Baharuddin Backry telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, sekitar pukul 9.30 malam Jumaat.

Berita duka itu disahkan oleh pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi beberapa penyakit.

“Ayah kepada Khai Bahar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tunku Fauziah, Kangar sekitar jam 9.30 malam, 19 September 2025 akibat penyakit kencing manis, strok dan masalah buah pinggang,” katanya.

Menurutnya lagi, jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Perlis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka.

“Jenazah Allahyarham Pak Bahar akan dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Arifin. Solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor di masjid yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka.

“Kami memohon kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah serta mendoakan roh Allahyarham,” ujarnya lagi.

Setakat ini, Khai belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun difahamkan dia kini berada di kampung halaman bagi menguruskan pemergian bapanya.

Related post

Leave a Reply