Niezam Zaidi Ada Perancangan Ke Jenjang Pelamin Bersama Fify Azmi

Niezam Zaidi Ada Perancangan Ke Jenjang Pelamin Bersama Fify Azmi

Pelakon, Niezam Zaidi, 33, menegaskan hubungannya dengan aktres Fify Azmi masih dalam keadaan baik meskipun timbul spekulasi di media sosial kononnya mereka sudah berpisah.

Menurut Niezam, gosip yang bertebaran itu hanyalah kecoh di kalangan netizen dan tidak menggambarkan situasi sebenar hubungan mereka.

“Bagi saya, tak perlu nak jelaskan apa-apa. Bila saya cakap kami ‘partner’, maksudnya memang ‘partner’ sajalah,” katanya.

Mengulas soal masa depan, Niezam tidak menolak perancangan membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

“Tiada siapa jalinkan hubungan untuk putus di tengah jalan. Semua mahukan pengakhiran dengan perkahwinan.

“Kami ikut sahaja perjalanan ini. Perancangan itu memang ada, cuma semoga dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pada Jun lalu, Fify pernah berkongsi hubungan cintanya bersama Niezam sudah berakhir, sekali gus mengundang perhatian ramai.

Namun, cerita mereka kembali menjadi bualan apabila tular video Niezam yang memaparkan gambar Fify bertudung sebagai ‘wallpaper’ telefon miliknya.

Malah, mereka juga pernah dilihat bermain sukan pickleball bersama hingga menimbulkan spekulasi bahawa pasangan ini sudah kembali bersama.

Related post

Leave a Reply