Graduan Baharu Luah Gaji RM2.5K Tapi Buat Kerja 5 Orang

Graduan Baharu Luah Gaji RM2.5K Tapi Buat Kerja 5 Orang

Seorang graduan baharu di Malaysia baru-baru ini berkongsi di Threads mengenai pekerjaan pertamanya.

Menerusi hantaran berkenaan, dia memberitahu yang gaji diterima adalah RM2,500. Begitupun, deskripsi kerja bagi jawatannya seolah-olah memerlukan beban lima orang pekerja.

Menurut individu berkenaan, bosnya berkata yang deskripsi kerjanya itu adalah satu bentuk ‘multitasking’.

Begitupun, menurut graduan baharu itu, ia sebenarnya hanyalah alasan lain untuk menggajikan pekerja dengan kadar rendah.

Hantaran tersebut segera tular apabila ramai rakyat Malaysia yang pernah melalui situasi sama tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

Antaran respons yang diterima:

“Kemudian kena kerja under pressure dan tight deadline.”

Ada juga yang memberitahu, kelayakan yang ada tidak kena dengan kerja yang ditawarkan:

“ I tahu you ada degree tapi I tak ada postition executive sakarang. Tapi kerja you ni oklah suit with your degree. – Kerja admin.”

Begitupun, ada berpesan yang multitasking turut berlaku pada jawatan yang tinggi:

“Adik nanti pangkat semakin tinggi semakin multi tasking juga. Masa tu task sama, tapi mungkin beberape company boss you. Then you will know kerja fresh grad tu seenang hahahha.”

Related post

Leave a Reply