Roti Canai RM50 Laris Di Jepun

Roti Canai RM50 Laris Di Jepun

Roti kesukaan rakyat Malaysia, roti canai terus mencuri perhatian di Ekspo Dunia Osaka, apabila makanan itu menjadi antara sajian yang menerima barisan pengunjung terpanjang di seluruh acara.

Dijual pada harga berharga RM50 (1,800 yen) pengunjung yang teruja mula beratur seawal mungkin dan sanggup menunggu lebih sejam semata-mata untuk menikmati roti canai.

Di sekitar kawasan ekspo, mudah kelihatan pengunjung menikmati pelbagai juadah Malaysia lain yang disajikan di pavilion negara.

Kemeriahan ini turut membawa pengiktirafan tertinggi buat Malaysia, apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz berkongsi tangkap layar daripada siaran penyiar Jepun Yomiuri TV yang menunjukkan Pavilion Malaysia menduduki tempat pertama dalam tinjauan khas Expo Gourmet dalam kalangan pemegang pas musim.

Ekspo Osaka berlangsung hingga 13 Oktober, namun permintaan begitu tinggi sehingga tiket acara dilaporkan habis terjual sepanjang September. Hal ini bermakna hanya mereka yang sudah memiliki tiket sahaja berpeluang merasai sensasi nombor satu di Jepun dari Malaysia ini.

Walaupun harganya berkali ganda lebih mahal berbanding harga di tanah air, aksi melayang-layang roti canai secara langsung serta rasa autentiknya menjadikannya hidangan premium yang wajib dicuba oleh pengunjung Jepun dan rakyat Malaysia di perantauan.

Related post

Leave a Reply