Ini Sebab Kenapa Ramai Mahu Siwon Keluar Daripada Super Junior

Ini Sebab Kenapa Ramai Mahu Siwon Keluar Daripada Super Junior

Anggota Super Junior, Choi Siwon menuai kecaman selepas memuat naik ucapan duka susulan kematian Charlie Kirk di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Siwon berkongsi foto Charlie Kirk dengan tulisan ‘Rest in Peace Charlie Kirk’ dan perkongsian berkenaan sempat viral sebelum akhirnya dihapuskan sehari kemudian.

Ditembak mati ketika menghadiri sebuah acara di Utah, Amerika Syarikat (AS), Charlie merupakan aktivis penyokong Presiden Donald Trump yang turut dikenali sebagai pro-Israel.

Walau sudah memberi penjelasan, banyak penggemar tetap kecewa kerana berasa tindakannya itu tidak sesuai dengan penglibatannya sebagai duta The United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF).

Kritik terhadap Siwon terus berlanjut hingga muncul petisyen agar dia meninggalkan Super Junior.

Reaksi keras muncul di pelbagai media sosial. Tanda pagar #SIWON_OUT juga trending di X dengan ribuan hantaran yang mendesak Siwon keluar dari kumpulan popular itu.

Petisyen di Change.org dengan tajuk “Remove Siwon from Super Junior #SIWON_OUT” juga menerima perhatian, dan hingga kini sudah ditandatangan lebih daripada 2,400 orang.

“Siwon telah menunjukkan dirinya bukan hanya seorang konservatif sayap kanan ekstrem yang berpihak erat pada MAGA dan tokoh-tokoh Republik seperti Ronald Reagan dan Donald Trump, tetapi juga seorang Zionis, homofobia, dan transfobia,” demikian penggalan dalam deskripsi petisi yang digagas oleh perwakilan penggemar tersebut.

Memetik dari Koreaboo, ramai peminat Super Junior menilai sikap Siwon tidak hanya melukai perasaan penggemar, tetapi juga mencacatkan imej kumpulan yang telah dibina sejak bertahun-tahun.

Dalam masa sama, difahamkan, dua anggota lain, Leeteuk dan Yesung turut berhenti mengikut Siwon di Instagram.

Selain itu, satu rakaman video di lapangan terbang Incheon yang memperlihatkan Leeteuk enggan melayan Siwon ketika mahu berlepas ke Jakarta turut viral di media sosial.

Sehingga kini, baik Siwon mahupun SM Entertainment, masing-masing belum memberikan kenyataan rasmi tambahan terhadap isu tersebut.

Related post

Leave a Reply