Anak Sulung Belum Setahun, Syasya Rizal Umum Hamil Cahaya Mata Kedua

Anak Sulung Belum Setahun, Syasya Rizal Umum Hamil Cahaya Mata Kedua

Belum pun setahun bergelar ibu, penyanyi, Syasya Rizal, 24, mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsikan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menerusi sebuah video di Instagram.

Dalam rakaman tersebut, bekas anggota kumpulan Dolla tampil bersama suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie sambil meletupkan konfeti sebagai simbolik pengumuman.

Apa yang menarik perhatian, konfeti yang dilepaskan bukan hanya satu, tetapi mengeluarkan dua warna sekali gus iaitu merah jambu dan biru.

Aksi itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat yang mula meneka sama ada Syasya sebenarnya bakal menimang anak kembar.

“Hati warna merah jambu dan biru,” tulis Syasya ringkas di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan usia kandungan atau memberi sebarang bayangan lanjut mengenai kehamilan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut serta rakan artis mengucapkan tahniah, malah tidak kurang juga yang teruja dengan kemungkinan kehadiran kembar.

Sebelum ini, desas-desus mengenai kehamilan keduanya sudah mula diperkatakan selepas peminat menyedari kelihatan‘baby bump’ dalam beberapa hantaran video di media sosialnya.

Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.

Related post

Leave a Reply