Choi Siwon Mengenang Aktivis Konservatif AS Charlie Kirk Di Instagram, Kemudian Bertindak Memadamnya

Choi Siwon Mengenang Aktivis Konservatif AS Charlie Kirk Di Instagram, Kemudian Bertindak Memadamnya

Anggota kumpulan Super Junior, Choi Siwon, sempat memuat naik hantaran penghormatan kepada aktivis politik konservatif Amerika, Charlie Kirk di Instagram sebelum ia dipadamkan.

Pada 11 September, Choi berkongsi Instagram Story yang memaparkan imej Kirk bersama keluarganya. Hantaran itu turut disertakan mesej ‘REST IN PEACE CHARLIE KIRK’ bersama simbol salib.

Charlie Kirk merupakan pengasas dan presiden Turning Point USA, sebuah organisasi konservatif di Amerika Syarikat yang memperjuangkan nilai Kristian serta ideologi politik berhaluan kanan.

Dia dikenali dengan pendiriannya menentang kawalan senjata api, malah pernah menyatakan bahawa senjata menyelamatkan nyawa dan kematian akibat insiden senjata api adalah kos yang wajar.

Kirk dilaporkan ditembak mati pada 10 September ketika berdebat di Universiti Utah Valley, Utah. Dia baru sahaja mengunjungi Korea Selatan pada 5 dan 6 September lalu bagi menghadiri acara Kristian konservatif.

Choi Siwon diketahui sebagai seorang penganut Kristian, yang menjelaskan tindakan awalnya memberi penghormatan kepada Kirk. Bagaimanapun, sebab hantaran tersebut dipadamkan masih belum diketahui.

Sumber: ALLKPOP

Related post

Leave a Reply