
Ini Sejarah Yang Dicipta Oleh Rosé Pada VMA2025
Rosé daripada BLACKPINK mencipta sejarah di MTV Video Music Awards (VMA) 2025!
Pada 7 September, Rosé membawa pulang trofi Song of the Year menerusi kolaborasi hitnya bersama Bruno Mars berjudul APT.
Hal ini sekali gus menjadikan Rosé sebagai artis K-Pop pertama yang memenangi kategori utama di VMA.
Muncul di pentas dengan gaun emas yang memukau, Rosé berkata: “Saya tak percaya perkara ini,” sebelum mengucapkan terima kasih kepada Bruno Mars.
Dalam masa sama, Rose menambah: “Detik ini terasa seperti satu ganjaran untuk segala usaha yang telah dicurahkan,” katanya lagi.
Tahun ini, Rosé dicalonkan dalam lapan kategori, jumlah pencalonan tertinggi yang pernah diraihnya.
Antara kategorinya termasuklah Video of the Year, Best Collaboration, Best Pop dan Best Direction.
Sementara itu, keempat-empat anggota BLACKPINK turut dicalonkan dalam kategori Best K-Pop dengan lagu solo masing-masing, di mana Lisa berjaya meraih trofi ketiganya menerusi lagu Born Again bersama Doja Cat dan Raye.
Dalam masa sama, BLACKPINK sebagai kumpulan meraih anugerah Best Group di majlis sama.
VMA 2025 berlangsung di UBS Arena, New York.