PU Riz Dedah Neelofa Rela Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Demi Berniqab

PU Riz Dedah Neelofa Rela Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Demi Berniqab

Pendakwah bebas, Haris Ismail mendedahkan isterinya, selebriti dan usahawan Noor Neelofa, reda apabila pernah kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit sebaik membuat keputusan untuk berniqab.

Menurut Haris mesra disapa PU Riz, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Perancis telah membatalkan kerjasama mereka sebaik Neelofa tampil berniqab pada tahun 2020.

“Mereka kata, ‘Neelofa sudah berniqab, jadi kami kena fikir semula sama ada nak teruskan atau tidak.’ Akhirnya kontrak bernilai jutaan ringgit itu dibatalkan.

“Kalau ikutkan, ramai mungkin akan cuba pertahankan peluang sebegitu, tetapi Neelofa memilih untuk istiqamah. Dia tidak minta projek itu disambung semula,” jelas Haris.

Tambah Haris, keputusan Neelofa untuk konsisten dengan penampilan berniqab akhirnya membuka rezeki lain.

Apabila gaya muslimah yang dibawakan Neelofa mula menjadi ikutan ramai, syarikat sama yang pernah menamatkan kontrak tampil kembali dengan tawaran baharu bernilai lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Mereka datang semula, merayu supaya Neelofa menjadi duta dan sanggup menawarkan bayaran berkali ganda lebih besar,” kata Haris dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Kisah tersebut dikongsikan Haris dalam satu majlis ilmu yang difahamkan berlangsung di Tawau, Sabah.

Bapa dua anak itu menjelaskan, pengalaman Neelofa menjadi bukti wanita muslimah tidak perlu takut atau rasa terkekang untuk menutup aurat sepenuhnya kerana rezeki tetap akan hadir dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Related post

Leave a Reply