Lisa BLACKPINK Terima Anak Patung Labubu Istimewa Daripada Kasing Lung

Lisa BLACKPINK Terima Anak Patung Labubu Istimewa Daripada Kasing Lung

Jika anda penggemar anak patung Labubu, sudah pasti ada mengetahui yang ia mula meraih populariti selepas Lisa BLACKPINK mula berkongsi tentang minatnya terhadap anak patung berkenaan di media sosial.

Tidak keterlaluan dikatakan, Lisa merupakan antara individu terawal yang ‘mempengaruhi’ pengikutnya untuk turut mendapatkan patung Labubu sehingga ia menjadi fenomena di seluruh dunia.

Justeru, tidak hairan jika pencipta Labubu, Kasing Lung menyediakan sesuatu yang istimewa buat Lisa.

Baru-baru ini, Lisa memuat naik sekeping foto di Instagram Story dengan kapsyen: “Finally!!!”.

Lisa menerima anak patung istimewa daripada Kasing Lung.

Menerusi foto berkenaan, Lisa dilihat bertemu dengan Kasing Lung sambil memegang satu uni anak patung Labubu edisi khas.

Anak patung istimewa itu, dinamakan Mokoko, menampilkan bulu merah jambu yang unik serta ditandatangani oleh Kasing Lung dengan mesej: “To Lisa, thanks for your big support.”

Hadiah tersebut dilihat sebagai satu bentuk penghargaan terhadap peranan Lisa dalam mempopularkan koleksi Labubu, memandangkan beliau antara selebriti pertama yang dilihat memiliki anak patung tersebut.

Terdahulu, Lisa pernah mencuri perhatian ketika konsert jelajah dunia BLACKPINK di London apabila dia tampil dengan kostum Labubu merah jambu.

Related post

Leave a Reply