BigHit Music Sahkan Jimin BTS Pernah Bercinta Dengan Song Da Eun, Tapi Kini Sudah Putus

BigHit Music Sahkan Jimin BTS Pernah Bercinta Dengan Song Da Eun, Tapi Kini Sudah Putus

Agensi BigHit Music akhirnya memberikan kenyataan mengenai spekulasi hubungan anggota BTS, Jimin dengan pelakon Song Da Eun.

Menerusi kenyataan rasmi berkenaan, BigHit Music menjelaskan yang mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awal kerana menghormati privasi artis dan pelakon terbabit.

Namun, disebabkan spekulasi yang berleluasa serta khabar angin palsu yang tersebar, BigHit Music merasakan perlu untuk tampil menjelaskan perkara sebenar.

“Jimin dan pihak terbabit (Song Da Eun) pernah saling menyukai antara satu sama lain dan pernah menjalinkan hubungan, tetapi hubungan itu telah lama berakhir sejak beberapa tahun lalu. Begitupun, mereka tidak lagi mempunyai sebarang hubungan pada masa kini.

“Kami memohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi melulu yang boleh menjejaskan privasi kedua-dua pihak, dan dengan penuh rasa hormat kami meminta agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan mudarat kepada artis kami dan pihak terlibat,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan mereka timbul apabila Da Eun memuat naik sebuah video yang memperlihatkan pertemuannya dengan Jimin, sekali gus menghidupkan semula khabar angin percintaan antara mereka berdua.

Menerusi video berkenaan, Da Eun merakam Jimin ketika menunggu di depan lif sebuah apartmen. Jimin kelihatan terkejut lalu berkata: “Oh, awak terkejutkan saya! Awak tahu saya akan datang? Saya sengaja tak beritahu awak,” ujar Jimin.

Related post

Leave a Reply