Sathiya Lega, Hanya Ibu Jari Dipotong

Sathiya Lega, Hanya Ibu Jari Dipotong

Pelawak veteran, Sathiya, 61, meluahkan rasa lega apabila hanya ibu jari kirinya dipotong, berbanding jangkaan awal yang mengatakan tiga jarinya mungkin terpaksa dibuang.

Menurut Sathiya, prosedur pembedahan dilakukan pada 31 Julai lalu melibatkan ibu jari kiri sahaja, manakala dua lagi jari yang sebelum ini berisiko, berjaya diselamatkan.

“Doktor cakap tak payah potong jari. Selamat kaki aku! Dia (doktor) sudah angkat jari, kaki saya boleh pakai lagi.

“Sekarang dua jari ini kena letak ubat. Doktor yang rawat saya sangat baik hati, banyak tolong saya,” katanya seperti dilaporkan Metro.

Sebelum ini, pelakon sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu memaklumkan kakinya mungkin dipotong jika jangkitan kuman merebak.

Namun, pada pemeriksaan susulan di Hospital Ampang Jumaat lalu, dia akhirnya menerima berita baik yang melegakan.

Kini, Sathiya hanya berehat di rumah sambil ditemani anaknya, Amani. Malah, dia turut terbuka menerima tetamu yang ingin menziarahinya.

Untuk rekod, Sathiya sudah beberapa tahun menghidap diabetes dan darah tinggi, namun tetap dikenali peminat sebagai pelawak penuh semangat sejak era 1990-an.

Related post

Leave a Reply