BeritaTrendingViral

Alfie Zumi Jawab Isu ‘Boxer Berdarah’, Anggap Ada Kaitan Dengan Ilmu Hitam

Penyanyi Alfie Zumi meraih perhatian netizen selepas perkongsian mengenai seluar dalamnya yang dipenuhi kesan darah viral di media sosial.

Tidak hanya itu, ada juga yang mempersoalkan tindakannya yang menjadikan aplikasi kecerdasan buatan (AI) ChatGPT sebagai salah satu rujukan untuk memahami perkara berkenaan.

Namun, Alfie memberitahu yang dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan orang sekeliling sebelum memuat naik hantaran tersebut di media sosial.

“Kalau boxer tu aku baru pakai lepas itu jumpa darah yang masih fresh, memang aku akan pergi hospital untuk periksa. Tapi ini boxer elok, baru basuh, tak pakai lagi.

“Bukannya aku jumpa boxer dengan darah fresh terus post. Aku dah tanya orang sekeliling.

“Dua tiga hari aku monitor sama ada ada masalah kesihatan atau tidak—buang air kecil atau besar okey ke tidak. Setakat ni semuanya normal,” katanya.

Alfie berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Story pada Selasa selepas isu berkenaan menjadi tular.

Penyanyi itu turut menegaskan, kejadian yang berlaku ada kaitan dengan amalan sihir.

“20 tahun akan datang pun masih ada orang amal ilmu hitam. Silap-silap lebih dahsyat.

“Ilmu hitam sama teruk macam kau hati hitam,” tegasnya.

Dalam masa sama, Alfie menasihatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Nak percaya atau tidak, itu hak masing-masing. Tapi lebih baik diam.

“Aku post story cuma nak share benda pelik yang jadi kat aku,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button